the VIP~~

Wednesday, 1 February 2012

Posisi Tidur Salah Boleh Dimurkai Allah SWT!...

Assalamualaikum...

ok kawan-kawan kali ni aku nk share maklumat ni.....klu korang baca tajuk mst nk tahu kn.....aku rasa syukur dpt baca maklumat ni.....thats y nk share gn korang....rupanya posisi tidur pn memainkan peranan penting dlm hidup.....klu korang nk th baca maklumat kt bawah ni...


(nyenyak nyer gadis ni tidur kn?)hee
Orait, waktu tidur kita paling baik adalah pada waktu malam. Waktu tu la kita nak berehat, badan letih tambah2 yg kerja, yg masih bsekolah. Tidur mempengaruhi metabolisme tubuh dan merangsang daya asimilasi. 


Sebab tu kita ni kalau tidur lebih pon badan jadi x sihat, obesiti dan kalau tidur kurang pun jd x sihat jugak., bawah mata bengkak dan kurang cergas. Korg tau x tidur nie berkaitan dgn tulang kita jugak. Jom cikgu nak crita posisi tidur kita cmne dan ape kelebihan dan kekurangan. 


POSISI TERBAIK 


Tidur mengiring ke kanan
>> Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.






POSISI TIDUR YG TIDAK DIGALAKKAN

Tidur meniarap
>>  Tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.

Dan daripada sudut Islam pulak tidur meniarap dilarang sama sekali...

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)



Tidur melentang
>> Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah. Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.



Tidur mengiring ke kiri
>> Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

~~sumber dari http://www.ehberita.com~~